Salah satu cara untuk menaikkan semangat kita untuk berjaya adalah dengan mencari contoh vision board yang bagus dan menggunakannya sebagai contoh untuk diletakkan di rumah kita.
Ini kerana vision board boleh memainkan peranan yang bagus dan boleh mendorong kita untuk mencapai kejayaan dalam apa-apa perkara yang kita melakukan.
Di dalam artikel ini, kami akan menceritakan kepada anda tentang vision board dan 3 contoh vision board yang anda boleh rujuk.
Apa itu Vision Board?
Vision board adalah satu tempat di mana kita boleh tulis atau letak segala impian dan permintaan kita. Ia biasanya digantung di tempat yang kita dapat lihat setiap hari.
Ia sangat berguna kerana ia akan mengingatkan kita tentang tujuan dan matlamat hidup apabila kita berasa gelisah atau rasa mengalah dalam sesuatu perkara.
Terdapat pelbagai jenis dan contoh vision board yang anda boleh ikut yang sangat senang untuk dibuat kerana ia mengikut kreativiti dan kemampuan masing-masing.
Ia sesuai untuk semua umur dan patut diajar kepada kanak-kanak kecil.
Ini akan mengalakkan mereka untuk teruskan membuat vision board sampai bila-bila dan akan memberi kesan yang sangat positif kepada mereka.
Bagaimana Vision Board Boleh Membantu Anda?
Salah satu sebab anda disarankan untuk membuat vision board adalah kerana anda secara tidak langsung akan membuat latihan visualisasi tanpa sedar.
Ini kerana anda akan membaca vision board anda setiap hari dan ini merupakan satu teknik senaman minda yang sangat bagus untuk diri anda.
Ini kerana apabila anda membaca impian dan pesanan yang anda letak di vision board, anda akan membayangkan diri sudah berjaya dah sudah mencapai matlamat-matlamat tersebut.
Anda akan berasa positif kerana anda sudah tahu apa yang akan berlaku jika anda berjaya. Ia akan memotivasikan diri anda untuk sentiasa bekerja keras.
Jika anda tidak mempunyai motivasi, ia akan menyebabkan banyak kesan negatif dan boleh menyebabkan anda tidak mahu belajar atau bekerja lagi.
Vision board boleh membantu mengatasi masalah ini.
Vision board juga akan memberi pesanan kepada diri setiap kali membaca board dan akan mengingatkan tujuan anda bekerja pada setiap hari.
3 Contoh Vision Board Yang Anda Boleh Buat
Di bahagian ini, kami akan mencadangkan kepada anda 3 contoh vision board yang anda boleh rujuk.
- Vision Board Bertema
Contoh pertama yang kami cadangkan adalah yang bertema sesuatu perkara seperti Tahun Baru.
Untuk kebanyakkan orang, peristiwa seperti Tahun Baru merupakan waktu mereka akan menanamkan azam baru mereka dalam diri sendiri.
Mereka akan menggunakan azam ini untuk memperbaiki dari mereka dari segi fizikal dan juga mental.
Jika anda salah sorang, anda boleh menghasilkan vision board sendiri untuk membantu diri anda untuk mencapai azam tahun baru anda.
Vision board ini hanya akan fokus kepada azam anda supaya boleh memberi tumpuan sepenuhnya kepada peristiwa ini.
Semua corak dan gambar yang anda letak ke vision board perlu mempunyai tema yang sama supaya ia tidak lari dari tujuan.
- Vision Board Self-Assurance (Yakin Diri)
Vision board ini sangat sesuai bagi mereka yang sudah mempunyai rancangan hidup yang terperinci dan sudah yakin bahawa mereka akan mencapai perkara tersebut.
Selain dari atas, mereka juga sudah yakin bahawa mereka mahu mengubah diri atau perkara dalam hidup mereka supaya mereka dapat mencapai kejayaan.
Dalam vision board ini, anda boleh letakkan gambar atau perkara yang anda ingin mencapai.
Sebagai contoh, jika anda mempunyai rancangan untuk membeli kereta Myvi pada masa hadapan, anda boleh letak gambar kereta itu di vision board.
Anda boleh menghasilkan vision board ini berdasarkan kreativiti dan mengikut impian-impian yang anda ingin mencapai dalam hidup anda dalam masa terdekat.
- Vision Board Perubahan
Contoh vision board terakhir adalah sesuai bagi mereka yang telah melalui peristiwa atau satu masa yang telah menyebabkan mereka mengalami kesakitan dari segi emosi atau juga fizikal.
Jika anda begini, anda boleh mencari gambar atau ‘quote’ yang menyebabkan anda berasa gembira dan memberi senyuman kepada anda.
Ini kerana ia boleh menaikkan semangat anda dan boleh memberi peluang anda untuk memikirkan perkara yang perlu mengubah dalam diri anda supaya boleh berasa gembira balik.
Kesimpulannya, terdapat banyak contoh vision board yang anda boleh ikut untuk mendapat kesan yang positif.
Berminat untuk belajar cara buat vision board dengan formula yang terbaik.
Dr Azura akan kongsikan formula Vision Board berimpak tinggi.
Adakah anda mencari platform untuk mentransformasikan diri anda untuk menjadi seseorang yang lebih hebat?
Jika jawapan anda adalah YES! Anda boleh seminar dan mengikuti latihan yang dilakukan oleh Dr Azura Hashim.
Beliau menggunakan pelbagai cara dan langkah untuk membantu anda mencapai potensi.
Dengan ini, anda dapat mengubah diri anda mampu melakukan perkara yang anda tidak dapat melakukan sebelum ini.
Jom! Sertai Webinar Vision Board Holistik untuk memperbaiki cara pemikiran dan habit untuk capai impian kita dengan lebih mudah dan sentiasa bersemangat.