Keluarga anugerah terindah.
Majoriti dari kita hidup dibentuk oleh keluarga. Sama ada perasan atau tidak, sebenarnya personaliti, sikap, habit dan sebagainya kadang kala berasal daripada pengaruh keluarga.
“Owh.. saya memang macam ni, adik beradik saya pon macam ni juga”
“Saya suka yang ini, sama macam mak saya”
Keluarga anugerah terindah; bahagia dan harmoni perlu dibentuk sedari kecil.
Selain dari memberikan dan merasakan kasih sayang, keluarga bahagia juga perlu:
1. Saling berbagi tugas supaya hubungan menjadi semakin erat dengan kerjasama.
Setiap ahli keluarga harus sentiasa melakukan aktiviti bersama terutamanya di dalam rumah. Ini kerana, aktiviti bersama keluarga dapat merapatkan hubungan sesama keluarga.
2. Adakan waktu bersama keluarga dan jadikan ianya berkualiti. Supaya setiap ahli keluarga itu merasakan kehadiran kita.
Kita perlu beri keutamaan kepada setiap ahli keluarga dengan memastikan mereka merasa penting dan diperlukan di dalam keluarga.
3. Fahami perasaan ahli keluarga. Bukan setiap masa kita akan happy, jadi fahamkan situasi yang sedang berlaku padanya.
Setiap orang ada masalah, keluarga kita tidak terkecuali. Kita harus ada sifat toleransi dan empati terhadap keluarga yang juga merupakan darah daging kita.
Kasih sayang dari keluarga tidak ternilai dan kita mesti berusaha untuk mewujudkan keluarga kita yang bahagia. In shaa Allah
Wallahualam
Lahawlawala quwwata illa billah
Salam sayang,
Dr Azura Hashim❤
Link ke telegram #notakehidupanDrAzura
https://t.me/drazuraofficial