Love Till Jannah

RM35.90

Availability: 498 in stock

Category:

Anda cintakan pasangan anda, tapi adakah anda benar-benar mengenalinya?

Anda mungkin sudah lama bercinta, namun masih belum masak dengan perangai masing-masing. Atau, anda baru nak memulakan hubungan dengan orang yang anda langsung tak kenal.

Jom lihat tulisan pasangan atau bakal pasangan anda hari ini. Mungkin masih ada rahsia yang belum anda tahu !

 

Tanya semula diri kita cinta itu apa? Apakah sekadar berkenalan dan kemudian bernikah? Cukupkah sekadar mengenali luaran fizikal sahaja? Alangkah indahnya perkahwinan jika kita saling mengenali pasangan sebaiknya.

Kriteria yang dimahukan dalam mencari pasangan adalah sangat penting. Tipulah jika lelaki tak mahu gadis yang cantik dan serba sempurna dari pelbagai aspek. Begitu jugalah wanita, nak calon suami yang tidak kurang hebatnya. Tetapi itu semua hanyalah angan-angan, semua nya terpulang kepada Allah Ya Khaliq Yang Maha Mencipta itu sendiri.

 

Saat menghadapi isu dalam hubungan, pasti muncul keraguan didalamnya. Kajian menunjukkan salah satu punca pasangan bercerai adalah kerana merasakan mereka sudah tidak serasi untuk bersama. Dalam soal hubungan terutamanya cinta suami isteri, soalnya bukan pasangan itu tepat atau tidak, tetapi kita sendiri mampu atau tidak menjadi orang yang tepat buat pasangan kita.

Perkataan I LOVE YOU dan SAYANG SAYANG AWAK tidak cukup untuk mempertahankan hubungan rumahtangga. Adakah salah sendiri atau pasangan apabila si dia belum mencapai piawai yang ditetapkan pasangan. Apakah anda meletakkan harapan pada pasangan?

Salah satu faktor yang membuatkan kita merasa ragu adakah kita sudah mencari pasangan yang tepat adalah kita sendiri belum mengenali diri kita dan tidak tahu apa sebenarnya yang kita mahukan. Jika kita sendiri belum mengenali diri sendiri, mana mungkin kita bertemu pasangan yang akan memahami diri sepenuhnya.

 

Oleh sebab inilah, dengan izin Allah saya terbitkan sebuah lagi buku tulisan tangan dengan fokus hubungan suami isteri.

Semoga kita lebih mengenali antara satu sama lain dengan lebih mendalam agar dapat menerima kekurangan dan kelebihan masing-masing dengan baik. Saya sangat berharap agar naskhah kali ini dapat menjadi panduan kepada semua dalam meraih kebahagiaan rumahtangga. Semoga menjadi inspirasi buat kalian menjadi pasangan paling romatik dengan coraknya sendiri. Siapa kata kita tidak boleh bahagia dengan cara tersendiri? InsyaAllah selagi berlandaskan suruhan Allah, kita mampu mengecapi bahagia yang dicari.

 

 

 

 

Bagaimana Tulisan Tangan Sebagai Alat Allah Ya Alim Ya Hakim Ya Rashid Dapat Membantu Dalam Hubungan Suami Isteri?

Subhanallah, ada perkara yang memberi impak positif kepada diri saya, setelah saya mempelajari ilmu tulisan tangan. Rupa-rupanya, saya belum benar-benar mengenali suami saya walaupun telah 10 tahun berkahwin. Saya beranggapan karakternya seperti saya, namun ternyata saya silap, dan ia telah membawa kepada kedinginan dalam hubungan rumahtangga saya.

Alhamdulillah, dengan izin Allah dan analisa tulisan tangan, saya boleh mengenal karakter sebenar suami saya – yang tersurat, mahupun tersirat. Dengan mengenal karakter masing-masing, saya dapat melakukan komunikasi dua hala tanpa perlu salah paham dan ada pihak yang memendam rasa.

Saya juga mengamalkan terapi tulisan tangan untuk memperbaiki kelemahan dan menambah baik potensi dalam diri kerana saya menginginkan kehidupan yang bahagia bersama suami dan anak-anak saya. Insha Allah.

Dr. Nurhidayah Roslan, Pengasas Dr Anne Skincare

Weight .5 kg

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Love Till Jannah”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping Cart